{VIDEO} Wanita ini ‘sekolahkan’ lelaki yang suka guna ayat ‘beras kita beli’ sebagai tiket boleh buat apa saja

Pasti ramai di sini yang pernah mendengar ayat “beras kita beli” bukan?

Ayat itu kebiasaannya digunakan oleh kaum lelaki dengan memberitahu mereka lah ketua dalam keluarga dan kononnya berhak melakukan perkara yang diingini. Contohnya keluar melepak dan sebagainya.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang wanita mengulas isu slogan tersebut yang telah menarik perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang mengulas slogan beras kita beli yang selalu digunakan oleh kaum lelaki.

Menurutnya, slogan itu sangat tidak kena dan menjengkelkan setiap kali didengar. Ia seolah-olah seperti tiket untuk kaum lelaki membuat apa saja mereka sehingga ada yang melupakan tanggungjawab dan keluarga.

“Beras tu kalau bukan bini kau yang masak dia tak akan jadi lauk satu hari untuk kau”

“Jangan disebabkan slogan tu kau tak tolong bini kau buat kerja rumah, sidai kain, lipat kain, basuh berak anak. Kau lepaskan semua benda dekat bini kau buat kerja,” ulasnya.

Malah, dia juga menambah zaman sekarang bukan saja suami yang belikan beras untuk makanan keluarga tetapi bini juga ada yang membelinya.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka masing-masing.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 130.1K views, 17.4K likes dan 1,035 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

{VIDEO} Wanita ini 'sekolahkan' lelaki yang suka guna ayat 'beras kita beli' sebagai tiket boleh buat apa saja {VIDEO} Wanita ini 'sekolahkan' lelaki yang suka guna ayat 'beras kita beli' sebagai tiket boleh buat apa saja {VIDEO} Wanita ini 'sekolahkan' lelaki yang suka guna ayat 'beras kita beli' sebagai tiket boleh buat apa saja {VIDEO} Wanita ini 'sekolahkan' lelaki yang suka guna ayat 'beras kita beli' sebagai tiket boleh buat apa saja {VIDEO} Wanita ini 'sekolahkan' lelaki yang suka guna ayat 'beras kita beli' sebagai tiket boleh buat apa saja

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*