{VIDEO} Majlis perkahwinan bertukar kecoh selepas pengantin lelaki sembunyikan kebotakan terbongkar

SEBUAH majlis perkahwinan di Kampung Bajaura, Bihar, India bertukar kecoh selepas perbuatan pengantin lelaki menyembunyikan kebotakannya daripada pengetahuan ahli keluarga pasangannya terbongkar.

Video mengenai insiden tersebut yang tular sejak Rabu itu memaparkan sekumpulan ahli keluarga pengantin perempuan mengerumuni dan menyerang lelaki berkenaan yang bertindak memakai rambut palsu semasa proses akad nikah.

Difahamkan, kebotakan lelaki tersebut turut tidak diketahui oleh pasangannya.

Perkara itu hanya disedari selepas ahli keluarga pengantin perempuan tersebut mula curiga dan bertindak menarik rambut palsu yang digunakan lelaki tersebut sehingga mendedahkan kebotakannya.

Dalam video tular itu, cubaan pengantin lelaki berkenaan yang berulang kali cuba memohon maaf gagal apabila dia dilihat terus digasak oleh ahli keluarga pengantin perempuan.

Difahamkan, perkahwinan tersebut merupakan perkahwinan kedua lelaki tersebut dan perkara itu turut tidak dimaklumkan kepada ahli keluarga pasangannya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada perkahwinan itu diteruskan atau sebaliknya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*