Dua remaja perempuan menjalani kehidupan detik hitam apabila menjadi hamba seks seorang bapa durjana di Jeram di sini sejak enam tahun lalu.
Tindakan terkutuk lelaki berusia 53 tahun itu bagaimanapun terhenti apabila diberkas Isnin lalu selepas perbuatannya itu terbongkar susulan laporan perubatan hopsital di sini mendapati mereka sedang hamil.
Difahamkan suspek didakwa merogol seorang mangsa sejak berusia sembilan tahun dan perbuatan berkenaan dikatakan kerap kali berlaku di rumah mereka.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, hasil pemeriksaan pegawai perubatan di hospital terbabit mendapati mangsa sebenarnya sedang hamil.
“Berikutan itu satu laporan polis dibuat dan suspek ditangkap semalam untuk siasatan lanjut dan suspek direman seminggu bermula semalam. Polis sedang merekodkan keterangan mangsa untuk melengkapkan siasatan,” katanya ketika dihubungi.
Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan maksimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Leave a Reply