Bergelut dengan pengamal media di luar mahkamah punca peguam naik angin.
Tular sebuah video yang memaparkan kekecohan diantara petugas media bersama para peguam yang hadir bagi mendengar keputusan peringkat pendakwaan bagi kes pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan, di Mahkamah Tinggi Shah Alam, sebentar tadi.
Dalam video yang dimuat naik oleh laman Facebook Kosmo Online!, dapat dilihat salah seorang peguam menjerit dan meminta agar diberi laluan.
Bukan itu sahaja, peguam berkenaan juga dilihat cuba menolak jurugambar yang melakukan tugas di lokasi berkenaan.
Difahamkan, para peguam dan pengamal media itu hadir bagi mengetahui akan keputusan Samirah Muzaffar dan dua remaja akan dipanggil membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan membunuh Nazrin Hassan, empat tahun lalu.
Memetik laporan Harian Metro, kejadian itu berlaku ketika Samirah bersama beberapa peguam lain tiba untuk menaiki lif ke mahkamah pagi ini.
Untuk makluman, Samirah yang juga merupakan balu kepada Nazrin Hassan itu didakwa didakwa membunuh suaminya di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.
Turut baca
- Tidak tahan bunyi tangisan, pekerja taska goncang bayi sehingga mati
- {VIDEO} 34 tahun kahwin, rupanya tak sah, ini sebabnya
- {VIDEO} “Kata orang salin tikar…” Atuk’ 90 tahun ‘rembat’ bekas kakak ipar 28 tahun selepas ceraikan isteri
Leave a Reply