Jangan ‘jual’ Selangor pada pelampau agama, kaum

Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin menyeru pengundi agar tidak membiarkan Selangor jatuh ke tangan kumpulan pelampau agama dan kaum.

Pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PH dan BN peringkat negeri Selangor malam tadi, Salahuddin berkata menteri dan wakil rakyat Kerajaan Perpaduan bekerja keras untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengetepikan mana-mana kaum.

Beliau juga menyebut “Islam akan selamat” dan “Melayu akan selamat” sebagai penegasan terhadap dakwaan pihak lawan yang berterusan mengaitkan PH kononnya meletakkan Islam dalam kedudukan terancam.

“Kita mahu Kabinet Kerajaan Perpaduan adalah Kabinet bagi rakyat Malaysia. Kami bekerja untuk rakyat Malaysia, untuk Melayu, Cina, India, dan rakan-rakan kita Iban, Kadazan, Dayak, Murut. kita semua bekerja untuk rakyat Malaysia. Melayu akan selamat. Islam akan selamat!,” ucapnya.

“Maka jangan gadai masa depan kita, jangan jual Selangor pada golongan pelampau agama dan kaum jika mahu kerajaan lebih baik dalam PRN. kita akan berikan undi pada calon BN dan PH. Titik,” tambahnya.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai mencabar Perikatan Nasional (PN) terutama Pas mengemukakan bukti jika benar Kerajaan Perpaduan selama tujuh bulan pentadbirannya telah menghina Islam.

“Buktikan selama tujuh bulan kami duduk dalam Kabinet, buktikan islam yang mana kita robohkan. Kita cabar parti Islam yang mengaku Islam, masjid mana yang kita robohkan. Islam mana yang kita hina.

“Kita juga tanya penganut agama lain. Gereja, kuil, rumah ibadat mana yang kita tidak raikan. Rakyat Malaysia akan selamat di bawah Kerajaan Perpaduan ,” ujarnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*