Lelaki biadab lawan arus, tunjuk jari simbol ‘fuck you’ undang padah. Tindakan seorang lelaki yang tular tidak bertopi keledar dan melawan arus di persimpangan lampu isyarat sekitar Sungai Manggis di sini, memakan diri apabila ditahan pihak berkuasa, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.08 petang itu, lelaki berusia 55 tahun itu dikatakan turut bersikap biadab menunjukkan jari tengah kepada pengguna jalan raya.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor berkata, perkara itu dikesan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) yang menerima satu video tular daripada media sosial.
“Video itu memaparkan motosikal dinaiki dua individu yang melakukan kesalahan menunggang melawan arus dan tidak memakai topi keledar. Penunggang motosikal itu turut menunjukkan jari tengah kepada pengguna jalan raya lain,” katanya.
Menurut beliau, bertindak atas maklumat, polis kemudian pergi ke rumah individu tersebut di sekitar daerah ini.
“Lelaki itu dikenakan tindakan disaman atas pelbagai kesalahan lalu lintas. Kedua-dua individu itu turut diberi nasihat oleh anggota polis atas tingkah laku yang dilakukan mereka,” ujarnya.
Leave a Reply