{VIDEO} 19 jam sangkut jem balik raya dari ibu kota ke Gua Musang

Seorang wanita mendakwa tersangkut dalam kesesakan jalan raya selama 19 jam ketika melakukan perjalanan pulang ke kampung sempena Aidiladha.

Menurut perkongsian scha2188 di laman TikToknya, dia bertolak dari ibu kota ke Gua Musang untuk merayakan Hari Raya Aidiladha bersama keluarga, semalam.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang mendakwa kesesakan yang dialami bukan sahaja membazir masa, ia juga boleh mendatangkan ketidakselesaan terutamanya bagi mereka yang berkeluarga.

“Aku sanggup tak balik raya sebab tak mahu menghadap ‘jem’ 16 jam. Anak kecil lagi, semua menangis sebab mabuk dalam kereta. Penat sangat,” kata seorang pengguna.

“Samalah kita. Semalam saya bertolak dari Genting Sempah pukul 10 malam. Pukul 9 pagi tadi baru sampai kampung. ‘Jem’ tak bergerak ya. Ingatkan ‘accident’ rupanya kereta yang banyak,” kata Lara.

Bagaimanapun, ramai pengguna yang mengakui kesesakan yang terpaksa ditempuhi itu merupakan sebahagian daripada ‘suasana’ raya yang wajib dirasai orang pantai timur.

“‘Jem’ itu wajib setiap tahun, nak ke suasana katakan,” kata Azwanda.

“Raya Haji kan meriah,” kata Naz.

“Tunggulah ‘jem’ masa nak balik ke Kuala Lumpur semula,” kata seorang pengguna.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*