{VIDEO} Mak cik selamba duduk berpaut dilori minyak undang persoalan warga maya

Tindakan seorang warga emas wanita duduk di bahagian tepi sebuah tangki minyak di Indonesia mengundang persoalan warga maya baru-baru ini.

Hal ini kerana, warga emas yang tidak diketahui identitinya itu dengan selamba duduk berpaut pada kenderaan tersebut tanpa menghiraukan orang ramai.

Malah, kejadian itu terjadi ketika lori tangki minyak berkenaan sedang bergerak dengan laju di sebuah jalan raya yang sesak.

Tindakannya itu turut dirakam orang ramai dan dimuat naik semula di akaun TikTok @ingwidya pada Sabtu.

“Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, aku melihat seorang mak cik dengan beraninya duduk dan berpaut di tepi tangki minyak.

“Nampak macam pemandu tak menyedari tindakan mak cik tersebut. Nasib baik ada orang awam menjerit menyuruh pemandu tersebut berhenti,” katanya.

Tambahnya lagi, pemandu tersebut kemudiannya menegur warga emas tersebut untuk turun dan bertanya beberapa soalan.

“Mak cik buat seperti ini kerana tiada wang untuk pulang ke rumah ya?,” tanya pemandu lori tersebut.

Setakat berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan lokasi dan punca sebenar warga emas itu bertindak demikian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*