Selalu dipandang hina kerana kerjanya, ramai yang ‘tak sangka’ setelah tuan badan kongsi cerita

Pemilik nama Muhammad Shahrul Ezzaiky pernah dipandang hina disebabkan kerjanya yang menjadi salah seorang kru syarikat pembersihan. Anggapan itu pernah membuatkan dirinya yang lebih mesra dipanggil Mamat itu selalu merasa segan untuk bercerita perihal pekerjaan.

Sekarang ini tidak lagi apabila dia merasa semakin selesa untuk berkongsi pengalamanya mencari rezeki di ibu kota singat melalui platform Tiktok.

Selalu dipandang hina kerana kerjanya, ramai yang 'tak sangka' setelah tuan badan kongsi cerita

Perkongsiannya itu telah mendapat perhatian ramai, lebih-lebih lagi apabila Mamat memaklumkan hasil gajinya sebulan mencecah 5 angka selepas ditukarkan kepada mata wang ringgit Malaysia.

Berkongsi cerita hidupnya, Mamat 25 yang menetap di Kangkar Pulai berkata, dia sebelum ini telah melakukan banyak pekerjaan tetapi langsung tidak menyangka akan terlibat dalam bidang pembersihan.

‘Saya pernah berkerja jadi anggota bomba bantuan semasa di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor sebelum membuat keputusan bekerja di Syarikat pembersihan dekat Singapura bermula bulan November 2019.

“Saya masuk ke Singapura melalui rakan namun rakan tersebut telah pulang ke Malaysia kerana tidak dapat menahan semasa pandemik covid menyebabkan saya tinggal keseorangan di Singapura pada waktu itu.

“Pada awalnya saya sedang bekerja di syarikat lain namun gajinya agak rendah untuk menampung kos hidup saya di Singapura semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kebetulan pula, syarikat abang saya bekerja sedang ada kekosongan jadi saya cubalah untuk mohon dan alhamdulilah ada rezeki saya diterima”

Menurut Ezzaiky @Mamat dia dahulu adalah seorang remaja nakal malah pernah dibuang sekolah tetapi disebabkan usia yang semakin meningkat, timbul kesedaran untuk berubah.

Kata Mamat lagi, peluang untuk bekerja di Singapura juga mahu dimanfaatkan untuk membantu ibu bapa walaupun dirinya tidak mempunyai kelulusan pelajaran tinggi.

“Ada aje yang kecam saya selepas saya membuat perkongsian kisah kerja saya di Tiktok, tapi mulut orang ni kita tak boleh tutup. Saya buat tak tahu ajelah, sampai bila nak rasa malu dan sembunyikan kerja kita, lama-lama orang akan tahu juga.

Impian saya hanya satu, nak menggembirakan mak ayah, setiap kali dapat gaji saya akan dahulukan mereka.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*