Terbau aroma pelik, rupanya jiran masak daging suami jadi daging masak kurma

Di dalam sesebuah perkahwinan, lelaki selalunya dilihat sebagai seorang pemimpin yang mencorakkan rumah tangga itu. Jika baiknya seorang pemimpin maka berbahagialah suatu hubungan rumah tangga itu. Namun, jika seorang pemimpin pun seorang yang tidak bertanggungjawab, maka tidak hairanlah jika isterinya melakukan sesuatu di luar kawalan waras manusia seperti kisah isteri bernama Zainab Bibi ini.

Pada 24 November 2011, Encik Behzad, yang merupakan jiran tingkat bawah, mengesan bau yang pelik dari rumah Zainab. Curiga dengan situasi tersebut, dia naik ke atas dan terkejut apabila melihat Zainab sedang dibantu seorang anak saudaranya, Zaheer, dalam memasak suaminya, Ahmed Abbas. Behzad, yang juga merupakan tuan rumah di kawasan tersebut, segera melaporkan kejadian itu kepada polis.

Zainab mengaku takut selepas melakukan jɛnayah tersebut dan dia tidak berani mendekati jenazah Ahmed.

Berdasarkan siasatan, Ahmed Abbas telah diberi ubat tidur yang dilarutkan dalam teh. Setelah pengsan selama setengah jam, Zainab mengambil tali dan mengakhiri nyawa suaminya. Untuk menghapuskan bukti, dia ‘memisahkan’ anggota badan Ahmed dan memasaknya daging masak kurma dalam periuk besar. Rancangan asalnya ialah untuk menggunakan rempah ratus untuk mengurangkan bau busuk dan kemudian membuangnya ke dalam longkang. Jika ada orang yang bertanya, dia akan berkata, “lauk itu sudah basi”.

Terbau aroma pelik, rupanya jiran masak daging suami jadi daging masak kurma
Zainab tidak suka suaminya cuba menyentuh anak tirinya.

Pada masa itu, Zainab dan Ahmed baru berkahwin selama 5 tahun. Daripada perkahwinan sebelumnya, Zainab mempunyai seorang anak perempuan berusia 17 tahun bernama Sonia. Didapati bahawa Ahmed, yang juga merupakan guru di sekolah Sonia, cuba melakukan perbuatan jijik terhadap anak tiri tersebut, dan itulah yang menjadi kesalahan yang sangat disesali oleh Zainab. Walaupun awalnya dihukum penjara seumur hidup, wanita ini akhirnya dibebaskan (selepas 11 tahun dipenjara) setelah rayuannya diterima oleh mahkamah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*