PENGGUNA jalan raya di Cornwall, England digemparkan dengan penemuan ‘kaki manusia’ di tepi jalan.
Bagaimanapun, selepas pemeriksaan dilakukan, objek tersebut merupakan anggota badan buatan yang kelihatan seperti yang sebenar.
Seorang wartawan foto Cornwall Live, Greg Martin sedang memandu ke Polperro pada pagi Jumaat lalu apabila mengesan objek tersebut di A390.
“Saya fikir ia adalah satu kawasan hentian dekat West Taphouse,” katanya.
“Saya memandu laju, saya nampak ada kaki.
“Menerusi laporan berita, polis membuat pemuan yang mengerikan, jadi saya berpatah balik,” katanya.
Bagaimanapun, ia bukan kes yang disangkakan apabila Greg menyedari kaki itu sebenarnya diperbuat daripada getah.
Malah, tiada laporan mengenai kehilangan kaki di kawasan itu.
Keadaan itu sekali gus menimbulkan tanda tanya bagaimana cebisan kaki tersebut boleh berada di tepi jalan.
Leave a Reply