Taktik pusat karaoke pancing lelaki ‘hidung belang’ terbongkar

Taktik pusat karaoke pancing lelaki ‘hidung belang’ terbongkar.

Taktik sebuah pusat karaoke yang menawarkan khidmat pelacuran dan gadis pelayan pelanggan (GRO) untuk mengumpan lelaki berhidung belang ke pusat berkenaan berjaya dipatahkan polis dalam satu serbuan di Kuchai Lama di sini pada Sabtu.

Taktik pusat karaoke pancing lelaki 'hidung belang' terbongkar

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, serbuan dijalankan sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur kira-kira jam 11.30 malam.

“Seramai 40 pelanggan terdiri daripada 37 lelaki dan tiga wanita berumur antara 25 hingga 49 tahun telah diperiksa dalam serbuan berkenaan.

“Selain itu, seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga premis serta lima wanita warga Vietnam dipercayai gadis pelayan pelanggan(GRO) berumur antara 23 hingga 34 tahun turut diberkas,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, pusat karaoke berkenaan turut menyediakan perkhidmatan pelacuran membabitkan GRO berkenaan.

“Siasatan mendapati pusat karaoke ini menyediakan khidmat GRO serendah RM100.

“Selain itu, premis ini didapati telah beroperasi selama empat bulan,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan dijalankan turut mendapati premis karaoke ini beroperasi tanpa lesen.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992, Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Seksyen 6(1)(c) dam Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*