Sudah pasti kalau penat, kita akan memerlukan terapi untuk memberikan ketenangan seperti mengurut
Urutan merupakan satu rawatan tradisional yang dapat membantu melegakan kesakitan sekaligus merehatkan tubuh yang penat.
Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan reaksi seorang wanita sedang diurut telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video perkongsian itu di bawah:
Kuat melatah masa mengurut di bahagian bahu dan kepala
Menerusi video yang dimuat naik oleh @acuhealing di TikTok, kelihatan seoraang mak cik bertudung sarung hitam sedang diurut oleh seorang lelaki di sebuah pusat terapi.
Difahamkan, urutan tersebut bertujuan untuk merawat bahu mak cik tersebut yang sudah sakit dan tegang selama bertahun-tahun.
Apa yang menarik perhatian adalah reaksi mak cik tersebut yang dilihat kuat melatah dan menahan kesakitan selepas diurut di bahagian bahu dan kepala. Dia juga menggeleng kepalanya banyak kali dan sempat berseloroh ketika disuruh untuk memusing kepala ke bahagian kiri dan kanan.
Dalam video itu, dapat dilihat dia turut menari secara spontan sebagai respon selepas tangannya diangkat untuk diurut. Bukan itu sahaja, mak cik berkenaan dipapar memberikan tabik hormat dan menyanyikan lagu Lemak Manis ketika disuruh memusingkan tangannya.
Leave a Reply