“Semua buat sendiri…” Patutlah isteri dua kali ganda penat layan kerenah suami

Menguruskan rumah tangga, pergi bekerja, siapkan makanan untuk anak dan suami, bayar bil dan beli barang keperluan merupakan antara tugas yang dilakukan oleh seorang isteri. Malah, lebih dari itu lagi.

Amat menyedihkan hati lagi apabila ramai dalam kalangan isteri mengalami stres dua kali ganda teruk untuk melayan kerenah suami berbanding anak-anak.

Mana tidaknya, kalau dah suami yang diharapkan untuk berganding bahu menjaga keperluan rumah tangga rupanya hanya menjadi ‘big boss’ di rumah, hampa lah jiwa dan raga!

Baca juga: Hubungan Romantis Suami Isteri Makin Pudar, Guna 5 Cara Ini Untuk ‘Panaskan’ Kembali Cinta!

TANDA ISTERI PENAT, RUPANYA DUA KALI GANDA PENAT LAYAN SUAMI DARI ANAK!

Seringkali kita mendengar kisah-kisah yang dikongsikan di laman Facebook mengenai rintihan para ibu dan isteri. Walaupun kelihatan seperti tidak mempunyai apa-apa masalah, rupanya 1001 masalah terbuku di hati tanpa ditanya oleh siapa-siapa khususnya si suami.

Menurut perkongsian saudara Fhais Halim yang sering berkongsikan kisah keluarga di laman Facebooknya, ramai yang tidak sedar bahawa isteri sebenarnya dua kali ganda stres melayan suami dari anak-anak!

Mana tak stress, anak baru 2 tapi isteri jaga macam anak dah 3 orang. Bukan makan, minum, pakai dan tidur anak je kena fikir, suami punya pun isteri kena fikir juga. Dia la pembantu rumah, jururawat, guru, pemandu, tukang masak, tukang main dengan anak dan juruwang keluarga. Tak hairan la ramai isteri yang mengadu penat dan stress, terutama jika si isteri masih bekerja. Bukan anak-anak… Tapi suami!

Malangnya, bagi ramai wanita, setelah menjadi ibu mereka bukan sahaja kena mengasuh anak, malah terpaksa juga mengasuh suami.

Bukan itu sahaja, menurutnya lagi, 46% daripada wanita mengatakan suami mereka menyebabkan stres lebih tinggi daripada anak-anak mereka! Terdapat satu kajian dari University of Padova mendapati bahawa terdapat kesan kesihatan yang berbeza apabila seorang pasangan meninggal dunia.

Apabila suami kehilangan isteri, kesihatan mereka merosot, tetapi apabila wanita kehilangan suami mereka, isteri menjadi lebih sihat dan lebih baik mengatasi stress dan depressi. Jadi, sudah terbukti yang suami lebih bergantung pada isteri dan bukan sebaliknya!

Ramai yang salah faham dengan konsep “leader” dalam rumah tangga. Tugas suami sebagai leader keluarga bukan hanya bagi arahan sahaja tapi leader keluarga bertanggungjawab ke atas kesihatan, kebahagiaan dan keselesaan anak dan isteri mereka. Apa yang si suami boleh lakukan adalah:

1.Tolonglah isteri dalam urusan rumah tangga

Jangan hanya mengharapkan isteri sahaja yang buat semua kerja rumah termasuk menjaga anak. Tidak mengapa kalau anda tak pandai kerana semuanya ada proses pembelajaran. Beranikan diri dan turunkan ego untuk bertanyakan kepada isteri apakah kerja yang boleh dibantu. Takkanlah nak lipat baju pun tak pandai kan?

2.Duduk dan berbincang dengan isteri

Inilah yang penting supaya tiada dendam di hati setiap pasangan. Kalau ada yang tidak puas hati, ada masalah boleh duduk bersama isteri untuk mencari jalan penyelesaian. Ini juga merupakan cara untuk isteri melepaskan apa yang terbuku di hati supaya tidak berdendam dan menambahkan stres.

3.Jangan terlalu kejar ‘perfect’

Ada juga masanya yang si isteri merupakan seseorang yang terlampau cerewet dan sentiasa nampak salah suami. Ini menjadikan si suami rasa malas dan tawar hati untuk terus membantu dalam melakukan kerja rumah atau menjaga anak-anak. Tak salah untuk biarkan suami ‘tersalah’ buat kerja rumah, comot-comot sikit tidak mengapa. Janji kita mahukan hubungan antara pasangan ini tidak diselubungi stres!.

*”Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul”- Ingatlah bahawa setiap pasangan suami isteri ini memerlukan antara satu sama lain. Si suami jangalah terlampau menjadi bos di dalam rumah dan hanya isteri yang melakukan segalanya sendiri sampai tahap stres dah mencanak ya. Paling menyakitkan hati, dah jadi bos kemudian cari pula penyondol…

Turut baca : Filem arahan P.Ramlee yang paling lama shooting hingga terjadi sesuatu…

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*