{VIDEO} Terpegun tengok isteri cantik pakai ‘Abaya’, reaksi si suami ini cuit hati ramai

Lumrah dalam hubungan suami isteri, puji memuji pasangan itu haruslah dibuat selalu

Iyalah, siapa lagi nak puji kita cantik atau hensem kalau bukan suami isteri betul tak? Ini kerana pujian daripada mereka lah yang paling ikhlas dsn boleh dipercayai.

Seperti video yang tular di laman TikTok ini apabila seorang lelaki terpegun melihat isterinya memakai abaya putih telah mencuit hati warganet.

Lihat video itu di bawah:

Teruja nampak isteri pakai abaya warna putih sebab cantik sangat

Menerusi video yang dimuat naik oleh @jazleenaa001, kelihatan lelaki itu sedang berada di ruang tamu bersama anak-anaknya.

Apa yang mencuri perhatian adalah apabila isterinya tiba-tiba muncul dan memakai sepasang abaya putih. Si suami pula menunjukkan reaksi yang sangat sweet apabila dia tak henti-henti memuji kecantikan isterinya.

“Your dad is so cute. If husband I tak macam ni, I tak nak!” – Warganet

Ikutan tularnya video itu yang kini telah meraih 246.5K views, 37.5K likes dan 2.3K shares di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat suami wanita itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*