“Disabit kesalahan dalam tempuh 4 jam…” Selepas 91 tahun mati baru dibuktikan tidak bersalah.
Seorang remaja kulit hitam yang menjalani hukuman mati pada 1931 kerana disabit kesalahan membunuh wanita kulit putih dibebaskan daripada pertuduhan itu oleh Mahkamah Pennsylvania, selepas beberapa dekad diperjuangkan adiknya.
Alexander McClay Williams yang berusia 16 tahun ketika menjalani hukuman itu disabit kesalahan oleh juri hanya dalam tempoh empat jam dan kekal menjadi individu termuda dikenakan hukuman mati.
Turut baca
- Keluarga buat laporan polis, tuntut siasatan lanjut kematian pengasas Dnars Skincare
- Boyfriend ‘dirembat’ wanita lain, gadis nangis tak henti buat ‘member’ risau
- {VIDEO} “Hati wanita mana tak koyak…” Suami dikahwini rupanya kaum sejenis
Namun, selepas 91 tahun, hakim membatalkan pertuduhan tersebut dan mengisytiharkan Williams tidak bersalah.
“Saya amat gembira kerana itulah keputusan yang sepatutnya diterima sejak awal lagi.
“Kami hanya mahu keputusan ini diubah kerana kami tahu Williams tidak bersalah dan kamu mahu semua orang tahu tentang ini,” kata Susie Williams-Carter, iaitu adik perempuan Williams.
Pada 3 Oktober 1930, bekas suami Vida Roabre, seorang matron kulit putih di Sekolah Kanak-Kanak Lelaki Glen Mills menemukan mayat wanita tersebut.
Berdasarkan kes, mangsa dibunuh kejam di rumahnya di sekolah tersebut yang juga dijadikan sebagai pusat tahanan pesawah juvana.
Williams yang menjalani tahanan di pusat terbabit, dituduh melakukan jenayah tersebut.
Remaja itu disoal siasat sebanyak lima kali tanpa kehadiran peguam atau penjaga dan menandatangani tiga pengakuan, walaupun tiada bukti kukuh untuk mensabitkan kesalahan terhadapnya.
Leave a Reply