Tak ada A dalam ‘result’ SPM, motivasi ayah bikin anak mengalir air mata

Tak ada A dalam ‘result’ SPM, motivasi ayah bikin anak mengalir air mata.

Setiap anak pasti ingin berikan yang terbaik untuk ibu bapa mereka, sebagai tanda membalas jasa kerana selama ini bersusah payah membesar serta memberikan pendidikan sempurna untuk kita.

Namun, adakalanya apa yang direncanakan terjadi sebaliknya, sepertimana yang menimpa pelajar ini yang juga merupakan antara calon SPM 2021.

Dia yang menggunakan nama notekinn ada memuat naik sebuah video pendek, menyaksikan perbualannya dengan ayah yang kelihatannya amat berdebar menanti keputusan peperiksaan sang anak.

Sepertimana yang dikongsikan remaja itu, dia memperoleh keputusan 1B 2C 2D 2G untuk tujuh subjek yang didaftar pada tahun lalu.

Ia sekaligus memperlihatkan bahawa tiada gred A dalam mana-mana mata pelajaran dan pasti hatinya sedikit terkilan dengan keputusan itu.

Bagaimanapun, siapa sangka pesanan ayahnya untuk sang anak benar-benar menyentuh hati ramai orang.

“Kau dah cuba tak pelah, mana yang dapatlah…at least akhlak kau jaga, maruah diri jaga… itu yang ayah harapkan.”

“Kerajinan kau, taat kepada ibu bapa dan jadi anak yang solehah.”

Ramai akui bahawa dia seorang anak yang bertuah kerana memiliki ahli keluarga dan ayah yang sentiasa memberi sokongan.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*