Kerana minta cerai, suami bunuh isteri secara kejam

Seorang lelaki Thailand berusia 61 tahun membunuh isterinya secara kejam dengan menikamnya sebanyak 11 kali di rumah mereka di wilayah Chaing Rai, lapor laman berita Thaiger.

Menurut polis, motif di sebalik perbuatan itu berpunca daripada tindakan mangsa yang mahu berpisah sehingga menyebabkan si suami menjadi marah.

Sejurus polis tiba di lokasi kejadian, anggota dari Balai Polis Chiang Saen menemui mayat mendiang Somjai Yapeng, 65, dalam keadaan tidak bernyawa, terbaring di atas lantai koridor dan mempunyai beberapa kesan tikaman.

Sebilah pisau sepanjang 38.1 sentimeter yang masih berdarah ditemui berhampiran mayatnya.

Suspek yang dikenali sebagai Somyong Asamalee, melarikan diri dari rumah sejurus membunuh mangsa dengan menaiki sebuah kereta.

Dia meninggalkan kenderaan itu di Hospital Mae Jan, kira-kira 20 kilometer dari tempat kejadian.

Namun, anggota polis bergegas ke Hospital Mae Jan, kira-kira 20 kilometer dari tempat kejadian, setelah mendapat maklumat mengenainya.

Mereka mendapati Somyong sedang menerima rawatan di kemudahan tersebut kerana mengalami luka pada tangannya sebelum dia kemudian mengaku membunuh isterinya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*