{VIDEO} “Hati wanita mana tak koyak…” Suami dikahwini rupanya kaum sejenis

“Hati wanita mana tak koyak…” Suami dikahwini rupanya kaum sejenis.

Hati wanita mana tidak hancur luluh apabila mengetahui suami yang dikahwini rupa-rupanya adalah seorang wanita.

Lapor Tribunnews, wanita itu tidak pernah mengesyaki ‘suaminya’ adalah seorang perempuan sepanjang 10 bulan berkahwin.

 "Hati wanita mana tak koyak..." Suami dikahwini rupanya kaum sejenis
GAMBAR HIASAN

Wanita itu berkenalan dengan ‘suaminya’ yang menggunakan nama Ahnaf Arrafif menerusi aplikasi janji temu.

Katanya, perkenalan dengan individu yang nama asalnya adalah Erayani terlampau singkat iaitu hanya dua minggu.

“Ketika itu, dia berpenampilan seperti lelaki dan tinggal di wilayah Lahat.

“Awalnya dia mengaku berkeja sebagai doktor dengan memiliki banyak kelayakan akademik dari luar negara,” katanya.

Wanita itu berkata demikian ketika memberi keterangan di mahkamah berhubung kes ‘suaminya’ yang didakwa kerana pemalsuan berhubung kelayakan sebagai guru.

Turut baca

Erayani kemudian sempat tinggal selama seminggu di rumah bakal isterinya di Jambi.

Selama tinggal di rumah wanita itu, Erayani dikatakan bersikap baik dan mengaku bekerja sebagai doktor serta membantu merawat orang tua wanita terbabit yang sedang sakit.

‘Lelaki’ itu kemudian mengajaknya berkahwin dan perkahwinan mendapat restu daripada orang tua wanita terbabit dan keluarga angkat ‘suami’.

Selama beberapa bulan berkahwin, wanita itu juga sering bertanya asal usul ‘suaminya’, namun ‘lelaki’ itu tidak pernah menjawab.

Wanita itu juga mengaku tidak pernah bertemu keluarga kandung ‘suaminya’ dan hanya dibawa ke Lahat pada Disember 2021, bagi menemui ibu bapa angkat kepada ‘suaminya’ itu.

Selepas empat bulan berkahwin, ibu kepada wanita berkenaan mula curiga dengan menantunya yang tidak pernah membuka baju di depan orang.

Selama berkahwin, wanita terbabit juga mengaku belum pernah melihat alat kelamin suaminya.

Lelaki itu juga mengaku kepada isterinya dia memiliki hormon berlainan sehingga terjadi benjolan di bahagian dada yang sebenarnya adalah payudara.

Bagaimanapun, rahsia ‘lelaki’ itu terbongkar selepas ibu kepada wanita berkenaan memaksa Eriyani membuktikan jantinanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*