Selain melambai Siti Bainun menangis teresak-esak lihat Bella

Selain melambai Siti Bainun menangis teresak-esak lihat Bella.

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali menangis teresak-esak dalam kandang tertuduh ketika tiga saksi membuat pengecaman beberapa individu termasuk remaja Sindrom Down dikenali Bella dalam perbicaraan kes, hari ini.

Selain melambai Siti Bainun menangis teresak-esak lihat Bella
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali (tengah) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi menghadiri sambung bicara pertuduhan yang dihadapinya melibatkan pengabaian seorang remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun.

Walaupun tidak dapat bersemuka dengan mereka kerana terhadang tirai, Siti Bainun yang didakwa mengabaikan remaja itu tidak dapat menahan perasaan selepas melihat kelibat Bella dan lima individu lain yang berada di bawah jagaannya sebelum ini dibawa masuk ke mahkamah untuk dicam saksi.

Turut baca

Siti Bainun turut melambai tangannya beberapa kali ke arah mereka.

Media dan orang awam yang berada di galeri awam juga tidak dibenarkan untuk melihat wajah mereka.

Sesi pengecaman itu dilakukan tiga saksi pendakwaan iaitu Suhana Zam, 40; Zurianty Sudin, 39; dan Yasmin Nahar Mahmood, 19.

Peguam Nur A’minahtul Mardiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun memohon supaya anak guamnya bersemuka dengan enam individu terbabit untuk melihat reaksi mereka.

“Sekiranya mahu identiti dirahsiakan, orang awam boleh diminta keluar dan tirai dibuka,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad memaklumkan terdapat keperluan untuk melindungi saksi daripada terpengaruh dengan apa yang mereka lihat dan dengar di dalam mahkamah.

“Ini adalah perlu saksi ini dicamkan dan tidak terdedah terus dalam mahkamah ini,” katanya.

Hakim Izralizam Sanusi berkata, ini proses pengecaman dan tidak timbul isu untuk melihat reaksi kerana ia untuk tujuan sama ada orang dirujuk adalah individu yang disebut oleh saksi dalam perbicaraan.

“Tapi sekiranya pihak pendakwaan merasakan ada keperluan untuk orang awam keluar tiada masalah,” katanya.

Bagaimanapun, Nor Azizah memaklumkan tiada masalah untuk media dan orang awam berada di galeri awam kerana ia hanya proses pengecaman bukan merakam keterangan.

Terdahulu, Siti Bainun juga kelihatan sedih dan menangis ketika cuba menyentuh seorang kanak-kanak yang sebelum ini di bawah jagaannya, walaupun terhalang oleh penghadang plastik (yang digunakan untuk mengekang penularan wabak COVID-19).

Kanak-kanak berkenaan yang ketika itu didukung salah seorang saksi dewasa, turut cuba mencapai tangan Siti Bainun sebaik melihat wanita itu.

Semua tiga saksi dewasa dan tiga saksi kanak-kanak dan tiga saksi remaja termasuk Bella kemudian dicamkan oleh saksi kelapan pendakwaan iaitu pegawai penyelidik firma undang-undang, Suhana Zam dan saksi lain.

Siti Bainun, 30, didakwa mengabai dan menganiaya Bella sehingga remaja perempuan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*