Muhyiddin tawar KJ jawatan MPT jika sertai Bersatu

Muhyiddin Yassin menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu kepada Khairy Jamaluddin jika bekas Ahli Parlimen Rembau menyertai parti itu.

Beliau berkata, perkara itu sudah dibincangkan pucuk pimpinan parti tersebut.

“Kita ada dua kekosongan kalau dia nak sertai. Bukan umpan, kerana kita tahu dia mampu memberi sumbangan membina kekuatan parti. Tapi kita serah kepadanya untuk membuat keputusan,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri satu acara di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, presiden Bersatu itu berkata, tawaran itu dikemukakan kepada Khairy selepas beliau dipecat daripada Umno.

“Saya dan Khairy sudah berbincang hal ini agak lama, sejak dia dipecat. Ketika itu dia ajak saya berjumpa dan berbincang secara terbuka mengenai hala tuju dan ketokohan beliau sebagai ahli politik muda yang berkaliber.

“Sebenarnya, dia tak mohon untuk masuk (Bersatu) tetapi saya tawar dia menyertai. Tawaran masih ada,” katanya.

Menurut Muhyiddin, Khairy setakat ini belum memberi sebarang keputusan mengenai perkara itu.

“Saya ada bertanya lagi ketika dia menghadiri rumah terbuka saya tempoh hari. Jawapannya cair.

“Khairy bagaimanapun belum memberi sebarang keputusan. Saya rasa tak apa. Kita tak nak gesa dia masuk tapi kita harap dia boleh membantu membina kekuatan parti,” katanya.

Januari lalu, Khairy merupakan salah seorang daripada beberapa pemimpin Umno yang dipecat parti itu.

Turut baca : Flat macam ‘reban ayam’, Sultan Johor beri amaran jangan jadikan isu politik

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*