Ibu temui kepala anak dalam tong sampah, ini punca sebenar

Ibu temui kepala anak dalam tong sampah, ini punca sebenar.

Malang nasib menimpa seorang wanita yang sedang sarat hamil apabila dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kepalanya telah dipancung di kediamannya di Illinois, Amerika Syarikat.

Ibu temui kepala anak dalam tong sampah, ini punca sebenar

Memetik laporan media antarabangsa, mangsa dikenali sebagai Liese Dodd, 22, dijumpai oleh ibunya, Heidi, yang datang ke rumahnya berikutan sudah lama mereka tidak berhubung.

Pihak polis berkata, bekas kekasihnya, Deundrea S. Holloway, telah pun ditangkap berikutan didakwa membunuh wanita berkenaan.

Ketika kejadian, Heidi menjumpai mayat anaknya dalam keadaan terbaring di atas lantai flatnya.

Manakala, kepala mangsa ditemui di dalam tong sampah yang berada di luar bangunan berkenaan.

Ketua Polis, Alton Marcos Pulido, berkata, pegawainya akui trauma melihat apa yang berada di tempat kejadian.

Bercerita lebih lanjut, bekas kepada kekasih wanita ini mengaku pernah merompak rakannya bagi membeli ganja.

Kini, dia berdepan dengan dua pertuduhan membunuh dengan sengaja.

Bukan itu sahaja, dia turut didakwa memotong badan manusia, merahsiakan pembunuhan dan memiliki kereta curi.

Bagaimanapun, dia telah ditahan di penjara dengan bon $2,000,000 (anggaran RM 8,796,000.00).

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*