Netizen salute tengok brother ini, selamba angkat peti sejuk ke rumah pelanggan sampai tingkat 4

Walaupun nampak senang, tetapi hakikatnya banyak yang perlu dilakukan untuk mencapai ke sesuatu tahap itu betul tak? Hanya kita saja yang tahu.

Seperti video ini apabila seorang lelaki membuatkan netizen terharu kerana mengangkat sendiri peti ais ke rumah pelanggannya telah mendapat perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang bersiap sedia untuk menghantar pesanan peti ais baru ke rumah pelanggannya.

Dapat dilihat rumah pelanggannya itu jenis flat dan tidak mempunyai lif. Disebabkan itu, dia terpaksa menggunakan tangga.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah dia bukan mengangkatnya bersama dengan orang lain tetapi, berseorangan saja. Dia juga siap menunjukkan bagaimana dia mengangkat peti ais itu sehingga ke tingkat 4.

Rata-rata netizen turut memuji dan mendoakan kesejahteraan lelaki berkenaan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*