Terpaksa duduk di lantai sepanjang konsert Blackpink, peguam saman penganjur RM1 juta

Seorang peguam Malaysia menyaman penganjur konsert Blackpink Born Pink World Tour Live Nation Malaysia sehingga RM1 juta kerana hilang tempat duduknya di konsert tersebut.

Peguam tersebut yang menggunakan nama Nas Rahman di Twitter, berkongsi mengenai perkembangan tentang perkara tersebut yang menyebabkan dia mengambil tindakan undang-undang selepas rundingan gagal antara dia dan penganjur.

Dia yang berkongsikan pengalaman pahit di konsert Blackpink Malaysia pada 4 Mac lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil, mendakwa terpaksa duduk di atas lantai, di sepanjang tangga untuk persembahan selama dua jam itu.

Peguam tersebut berkata, satu dari tempat duduknya untuk dua tiketnya, nombor 37, tidak wujud kerana kerusi itu hanya sehingga nombor 36 di barisan 207.

Pada 6 Mac lalu, Nas mengeluarkan surat tuntutan terhadap Live Nation Malaysia dan mula berbincang dengan pihak penganjur untuk penyelesaian.

Menurut Nas, kedua-dua pihak tidak dapat mencapai kata sepakat sehingga membawa kepada samannya difailkan di Mahkamah Sesyen.

Aku sudah dihubungi oleh pihak Live Nation dan Go Live. Sebab masih dalam perbincangan jadi tak sesuai untuk aku ‘go details’ (pergi ke butiran). Cuma di akhir tadi aku minta pihak mereka jawab notis tuntutan aku dan mereka maklumkan akan jawab.

“Setelah beberapa kali siri ‘negotiations’ (rundingan), dua-dua pihak tak capai kata sepakat jadi aku malas nak cakap banyak jadi aku dah failkan saman ke atas Live Nation dan Go Live, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

“Sejak kes dah masuk mahkamah, jadi aku akan elakkan untuk komen berkenaan fakta dan substance kes lepas ni. Aku hanya akan update (kemas kini) tentang perjalanan kes sahaja contohnya tarikh Pengurusan Kes atau Bicara Penuh.

“Menang atau kalah aku akan tetap update. Jangan risau,” ujarnya.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*