“Bukan nak hukum tapi nak tolong…” Pelakon ‘rayu’ wanita hamil jangan buang bayi, whatsapp saja saya

“Bukan nak hukum tapi nak tolong…” Pelakon ‘rayu’ wanita hamil jangan buang bayi, whatsapp saja saya.

Pelakon dan pengacara, Iesya Toh berharap agar wanita hamil jangan ada cubaan untuk menggugurkan kandungan.

Menerusi perkongsian hantaran di akaun Instagram miliknya, Iesya berkata, dia bersedia untuk membantu dan boleh menghubunginya terus.

"Bukan nak hukum tapi nak tolong..." Pelakon rayu wanita hamil jangan buang bayi, whatsapp saja saya

“Jangan buang bayi. Tolong WhatsApp saya. Saya di sini bukan nak menghukum tetapi nak nak tolong,” tulisnya.

Sebelum ini, Iesya turut memuat naik gambar wanita tidak waras yang hidupnya sebagai gelandangan melahirkan zuriat tetapi bayi itu didakap dan dijaga dengan baik.

“Wanita tak waras bersalin tepi jalan, anak tak dibuang tapi jaga penuh kasih sayang.

Turut baca

“Dia yang mempunyai masalah mental dan menjalani kehidupan sebagai gelandangan di Makati, Filipina selamat melahirkan anak perempuan di tepi jalan.

“Bagaimanapun, wanita itu tidak membuang atau meninggalkan zuriatnya keseorangan sebaliknya menggendong bayi berkenaan sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” kongsinya.

Menurut Iesya, gambar di hospital pula kelihatan wanita itu setia menjaga anaknya dengan memakaikan sarung tangan dan tidur di sebelah bayi tersebut sebelum memberikan susu.

“Walaupun tidak boleh berfikir dengan baik, namun ternyata dia masih mempunyai naluri kasih sayang sebagai ibu yang tetap ingin menjaga cahaya matanya,” katanya.

Menjengah ruangan komen, majoriti pelayar di IG melayangkan kritikan agar khalayak dapat menjadikan berita itu sebagai pengajaran bagi mereka yang berfikiran waras.

1 Trackback / Pingback

  1. Kejam !!! Ibu bapa dalam penjara, anak pula didera penjaga - Sengat Daily

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*