Makan daging babi sambil baca ‘Bismillah’, TikToker disiasat persenda Islam

Seorang pempengaruh terkenal Lina Mukherjee, hadir ke balai polis setelah didakwa mempersenda agama Islam dengan memuat naik video di TikTok.

Lina dilihat hadir ke balai polis dengan memakai baju hijau dan berseluar putih. Dia bagaimanapun mengunci mulut kepada media dengan tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

Menurut Pengarah Siasatan Jenayah Khas Indonesia, Komisioner Agung Marlianto menjelaskan bahawa penentuan dakwaan kes wanita tersebut akan mengikut prosedur undang-undang negara itu.

Dalam pada itu, bagi melakukan analisis kandungan video yang dimuat naik, pihak polis juga telah menggunakan khidmat beberapa orang pakar dalam bidang bahasa, bidang transaksi dan maklumat elektronik serta undang-undang jenayah.

Terdahulu, Lina telah mencentuskan kontoversi dan mengundang pelbagai kritikan terhadap tindakannya memuat naik video di laman TikTok dengan mendakwa dia memakan daging babi adalah disebabkan rasa ingin tahu .

Lebih parah lagi, dia membaca Bismillah sebelum memakan daging tersebut sehingga menimbulkan kecaman kerana mempersendakan agama Islam.

Susulan itu, pada 18 April lalu Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan kenyataan dengan mengutuk tindakan wanita itu, dan seorang ustaz, M Syarif Hidayat juga membuat laporan polis.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*