Kemunafikan Sanusi akhirnya terbongkar

Hari ini terbongkarlah segala kemunafikan Sanusi. Kejahatannya yang tak habis-habis memfitnah dan mentohmah Kerajaan Persekutuan dan YAB PM DSAI, disaksikan kebenarannya oleh seluruh rakyat Kedah yang hadir dalam Majlis Terbuka Terbuka Malaysia Madani yang berlangsung di Hotel Raia hari ini.

YAB PM DSAI yang dahulunya dikatakan mengabaikan Kerajaan Negeri Kedah, mengabaikan Sanusi dan nasib rakyat Kedah kini terjawab segala-galanya bahawa ia adalah dusta yang direka-reka oleh MB Kedah – Sanusi semata-mata.

Kerajaan Persekutuan memperuntukkan perbelanjaan yang sangat tinggi untuk Kedah tahun ini, berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sebanyak RM1.6 bilion diperuntukkan tahun ini untuk membangunkan Kedah.

Selain peruntukan RM1.6 bilion, bantuan lain termasuk beberapa projek bekalan air di beberapa daerah juga diberikan dan diambil perhatian oleh Kerajaan Persekutuan. Tidak termasuk lagi beberapa langkah lain seperti bantuan sekolah daif serta bantuan klinik daif di Kedah.

Perkara yang turut mengembirakan seluruh rakyat Kedah, YAB PM DSAI memberikan jaminan dengan memastikan kerjasama penuh Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Kedah diberikan, untuk mempercepatkan proses berkenaan.

Sanusi tersipu malu mendengar perkhabaran gembira ini. Sosok yang selalu ditohmah dan fitnahnya hadir dengan jiwa yang besar ke Kedah, untuk meraihkan beliau dan rakyat Kedah dengan roh Malaysia Madani. Kalau mengharap Sanusi menguruskan negeri Kedah, sampai kucing bertanduk pun tidak akan selesai masalah rakyat Kedah.

Perisitiwa hari ini seharusnya menjadi titik kesedaran buat Sanusi. Kalau kebiadapannya berlanjutan lagi, hanya ada satu lafaz keramat untuk Sanusi. “Elok pi mampuih”. Jangan terlalu keras hati mengakui akan kebenaran, nanti menjerut diri sendiri.

Turut baca : Pemuda ugut Perdana Menteri ditahan

Hari ini juga YAB PM DSAI telah membuktikan kematangan kepimpinannya. Pemimpin yang berjiwa besar, walau terus diasak dengan tohmahan dan fitnah sekelumit pun tidak menguriskan hatinya dan mencetuskan dendam dalam tingkah lakunya. Benarlah, jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya. Beliau percaya, kejahilan tak mampan diperangi dengan kemarahan, lagi-lagi kepekatan kejahilan yang menjadi pegangan Sanusi. Sebaliknya perlu ditawan dengan kesantunan dan keprihatinan. Itulah kiblat Malaysia Madani.

Maka, disaat rakyat Kedah menyaksiksn kesemua ini. Tidak mustahil sokongan akan mula beralih kepada Pakatan Harapan dalam PRN yang akan datang. Aura Malaysia Madani yang disebarkan oleh YAB PM DSAI dalam setiap ucapan dan tindakan menjadikan rakyat Kedah tak sabar-sabar beralih arah.

Sanusi, berbaki beberapa hari lagi menaungi Kerajaan Negeri Kedah, bersederhanalah dalam berpolitik. Perkara yang baik untuk rakyat, sokong. Perkara yang tidak baik, tegur. Tetapi tidak pula sampai menghina dan memfitnah sepertimana yang kamu buat sebelum ini. Belum duduk berlunjur dahulu, ayam terlepas berbau tahi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*