Pakatan Harapan (PH) dituduh penyebab kelewatan masalah bekalan air bersih di negeri Kedah lambat selesai. Setelah ‘pecah lubang’ oleh seorg ADUN BN yang pernah menyokong kerajaan Pas bahawa kemajuan projek naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) didapati cukup teruk kelewatannya, begitu mudah MBSD (MB Sembang Deraih) menuding jari pada Kerajaan PH diketuai Datuk Seri Mukhriz Mahathir dahulu.
Tidak mengharapkan DSMM yang tidak menyokong Kerajaan Madani dan PH, saya agak musykil kenapa PH Kedah tidak menjawab tuduhan MBSD yang saya kira dibuat dengan maklumat separuh benar jika pun bukan temberang sepenuhnya.
Bukankah Ketua Pembangkang DUN Kedah sepatutnya punya fakta lebih tepat tentang dapatan konsultan yang dikatakan MBSD dilantik PH tetapi membuat kajian sehingga 20 bulan, namun mendapatkan keputusan yang sama seperti sebelum PRU14? Atau dapatan itu hanya diperolehi selepas PH tumbang? Ini tidak dijelaskan oleh MBSD.
Saya lihat kenyataan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari sahaja yang cuba mempertikaikan MBSD dan Pas yang memerintah sudah tiga tahun, gagal menyelesaikan masalah bekalan air tetapi PH yang hanya sempat berkuasa dua tahun di Kedah pula dipersalahkan. Sekurang-kurangnya YB Dr Taufiq ada hujah di situ.
PH Kedah harus berterima kasih kepada Iswardy Morni yang tolong menjawab dengan mempersoalkan rentetan kenyataan MBSD yang menunjukkan kelemahan pengurusan air oleh Kerajaan Pas Kedah adalah antara penyebab masalah ini.
Memang saya setuju dengan beliau kelemahan sebenar adalah soal pengurusan dan juga ego MBSD. Saya lihat pemimpin AMANAH Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh turut berkongsi video beliau.
Namun, saya dan sahabat-sabahat anak Kedah yang antaranya adalah daripada kalangan konsultant berasa curiga dengan jawapan dan tuduhan MBSD ini kerana sela masa antara sebelum PRU14 tahun 2018 dengan 2020 yang dikatakan 20 bulan oleh MBSD, diperlukan untuk konsultan yang dilantik PH memberi keputusan dapatan.
Ia dikatakan sama dengan dapatan sebelum PRU-14. Adakah di era BN itu terdapat konsultan lain melakukan kajian? Diberitakan pada tahun 2019, YB Sungai Tiang mempersoalkan Kerajaan PH Negeri Kedah kenapa tidak laksanakan sahaja apa yang BN luluskan? Saya tidak fikir ia semudah itu.
Menurut MBSD, konsultan dilantik PH memberi dapatan sama sahaja dengan dapatan sebelum PRU-14 selepas 20 bulan kajian?
Merasa curiga adalah satu bab, tapi sangsi pada 17 Jun 2020 adalah bab yang lain. Kenapa MBSD dilapor berkata masalah bekalan air di Kedah boleh selesai pada tahun 2023?
Pada 7 Mei 2022, iaitu dua tahun selepas itu, MBSD mula beri alasan infrastruktur air di Kedah telah ketinggalan 15 hingga 20 tahun pula?
Bermakna, apa yang pernah dikatakan oleh YB Sungai Tiang pada 16 April 2019 bukanlah semudah itu apabila MBSD juga gagal menyambung projek RM931 juta (waktu itu, tidak pasti jika ada V.O. Tambahan selepas itu) yang pernah diluluskan oleh Kerajaan BN dengan kadar segera tetapi hanya memulakannya pada pertengahan 2021.
Ia bukan sekadar isu peruntukan yang dikatakan pinjaman dari kerajaan pusat yang kemudiannya ditukar kepada geran tetapi ia jauh lebih kompleks dari itu sewaktu PH mentadbir Kedah. Pada masa itu, kajian perlu dibuat lebih mendalam.
Pertamanya, ialah kerana perlu menyemak semula sama ada semua pakej adalah melalui proses tender yang betul atau terdapat rundingan secara terus? Kos juga perlu dinilai semula.
Kedua, kajian semula perlu dilakukan kerana perkembangan pembangunan dan kemungkinan kajian terdahulu terhadap peratusan ‘reserve margin’ belum mengambil kira banyak pembangunan baru yang “take off” atau dirancang dalam tempoh itu seperti Taman Sains dan Teknologi Kedah (KSTP), Zon Sempadan Ekonomi Khas (SBEZ) dan Bandar Getah Kedah (KRC). Semua pembangunan itu adalah di era DSMM bersama BN dan kemudian PH.
Bukan MBSD yang bawa pembangunan dan pelaburan itu. Dia hanya ambil kredit bila pembangunan itu berkembang ke fasa-fasa seterusnya kebetulan apabila Pas jadi PNebuk Atap.
Leave a Reply