Pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussein yang juga bekas ketua exco agama pemuda PKR mempersoalkan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu yang mengeluarkan arah notis penutupan kepada semua premis perniagaan sempena sambutan Aidilfitri pada April 22.
“Apa rasionalnya pasaraya, kedai serbaneka, restoran makanan segera perlu diarahkan tutup pada 1 Syawal?
“Kalau pagi raya, orng kehabisan gula, minyak masak dan lain-lain, macam mana?” soalnya dalam satu hantaran Facebook menerusi akaunnya, Herjunot Ali.
Notis penutupan oleh MPKB menetapkan semua premis perniagaan, pasaraya besar, pasaraya, kedai serbaneka dan restoran makanan segera tidak dibenarkan beroperasi pada hari raya pertama.
Pihak yang ingkar berdepan tindakan kompaun maksima RM1000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.
Dalam perkembangan berkaitan, Harapan Daily mendapat maklumat perkara sama turut dikuatkuasakan di Kuala Terengganu.
Kedua-duanya ibu negeri Kelantan dan Terengganu yang ditadbir oleh Pas.
- Turut baca : Abim ‘bidas’ masalah air berterusan di Kelantan
Leave a Reply