Tiada lagi Rumah Terbuka Aidilfitri PM di Seri Perdana

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, beliau tidak akan menganjurkan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada tahun ini.

Katanya, beliau sebaliknya akan turun menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri.

“Perdana Menteri tidak akan adakan majlis Aidilfitri di Seri Perdana, tetapi kita akan turun ke bawah iaitu dari negeri ke negeri sama ada anjuran Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar Kementerian Dalam Negeri (KDN) Madani, di sini hari ini.

Kata beliau, rumah terbuka pertama yang akan dihadirinya adalah di Alor Setar pada 29 April ini.

“Mereka kata makanan di Alor Setar jauh lebih lazat berbanding tempat lain,” tambahnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*