Mayat wanita dalam bagasi, polis tak tolak bermotif dendam

Dendam dipercayai menjadi motif kepada penemuan rangka mayat wanita dalam sebuah bagasi dalam keadaan badannya dipotong, di hentian bas Kulai, semalam.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat, berkata kebiasaannya kes seperti itu didorong rasa dendam.

Katanya, hasil bedah siasat juga mendapati tiada kesan suntikan Bacillus Calmette-gurin (BCG) di tubuh badan mayat, justeru berkemungkinan mayat bukan warga tempatan.

“Maklumat lanjut kita masih siasat, namun kebiasaannya dalam kes seperti ini, motif kejadian biasanya akibat dendam,” katanya menurut Kosmo.

Tambahnya, mayat berkenaan turut menunjukkan kesan kecederaan di bahagian kepala dipercayai akibat dipukul objek tumpul.

Semalam, Ketua Polis Kulai Tok Beng Yeow, mengesahkan penemuan rangka disumbat dalam sebuah bagasi di hentian bas hadapan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kulai merupakan mayat wanita berusia 25 tahun.

Katanya, polis dimaklumkan berhubung penemuan itu pada 1.50 tengah hari dengan mayat tersebut sudah reput lebih 50% serta berulat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*