Nantikan!! PM bakal umum berita baik sebelum raya

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan satu lagi berita baik menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming melalui ciapan di Twitter, semalam.

“Kerajaan perpaduan akan membawa satu lagi berita baik yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Nantikan!” ciapnya.

Tinjauan di ruang komen mendapati orang ramai mengharapkan pengumuman tersebut berkaitan pemberian tol percuma sempena perayaan.

“Harap tol percuma dan cuti ‘extra’,” kata Wan Afiq.

“Harap ada tol percuma selama empat hari,” kata Jaenal.

“Semoga ada berita baik dan gembira untuk rakyat sambut raya,” kata Syafiq.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*