Menjawab 5 serangan ‘fitnah’ terhadap PM Anwar

Menjawab 5 serangan ‘fitnah’ terhadap PM Anwar.

1.0 Membatalkan Projek Tebatan Banjir

Pemimpin Perikatan Nasional (PN) mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membatalkan projek tebatan banjir.

Realitinya , PMX tidak membatalkan projek tebatan banjir tetapi menamatkan kontraktor yang tidak melalui proses tender terbuka dengan harga yang terlampau tinggi.

Sebelum ini , 6 projek tebatan banjir sebelum ini ditangguhkan sebentar kerana tidak mahu berlaku ketirisan berhubung peruntukan membantu rakyat.

Kini kerajaan Madani akan mempercepatkan projek tebatan banjir termasuk di Johor dengan menggunakan kaedah ‘fast track’ atau pantas dalam kelulusan tender meskipun diperkenalkan sistem tender terhad.

2.0 Pendakwaan Terpilih Muhyiddin

Muhyiddin tidak pernah memenjarakan Anwar Ibrahim. Lebih – lebih lagi Muhyiddin merupakan sahabat lama Anwar dalam Team Wawasan UMNO suatu ketika dahulu.

Oleh sebab itu , tiada sebab untuk PMX membalas dendam terhadapnya.

Jika PMX hendak membuat pendakwaan terpilih dan balas dendam maka bukankah individu yang memenjarakannya yang sepatutnya didakwa?

Lebih – lebih lagi , kita perlu tahu bahawa Ketua Polis Negara , Peguam Negara dan Ketua SPRM hari ini adalah kesemuanya lantikan Muhyiddin sendiri.

3.0 Kerajaan Anwar Diktator

Anwar dituduh sebagai diktator kerana Perhimpunan Proklamasi Melayu anjuran Sekretariat Tanah Air dibatalkan.

Namun begitu , sekirannya kerajaan pada hari ini benar – benar diktator maka Himpunan Solidariti Muhyiddin yang dianjurkan beberapa kali sudah semestinya tidak akan dibenarkan.

Kita perlu tahu tiada Operasi Lalang , Tiada Kejadian Pembunuhan Mamali dan Tiada Lagi ISA seperti mana berlaku pada zaman Mahathir sendiri yang berlaku pada hari ini.

4.0 Isu Pengeluaran KWSP

Isu ini sebenarnya lebih kepada permainan ahli – ahli politik berbanding keperluan rakyat sebenar yang benar – benar memerlukannya.

Pada ketika pengeluaran KWSP dibenarkan adalah waktu dimana rakyat berhadapan dengan pandemik dan kadar pengganguran tertinggi dalam sejarah negara.

Situasi hari ini sudah berubah apabila ekonomi sudah terbuka , pengganguran sudah mencapai tahap guna tenaga penuh dan tiada lagi serangan pandemik.

Tambahan pula , sebarang lagi kecairan akan menjejaskan aset negara dan penyimpan pesara dengan kadar dividen yang jauh lebih rendah pada masa yang akan datang.

5.0 Dato Hamzah Tuduh PMX Hina Orang Miskin

Ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, menempelak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyatakan bahawa orang miskin boleh dipergunakan pihak terdesak dan diupah untuk melakukan demonstrasi.

Hakikatnya ini bukan kenyataan PMX yang sebenar dimana kebenaran hanya berpaksikan kepada amaran supaya orang miskin tidak dipergunakan oleh pihak tertentu untuk membuat sebarang kekacauan.

Dalam pada itu , golongan miskin sebenarnya menjadi keutamaan kerajaan Perpaduan. PMX sudah bertekad untuk menoktahkan kemiskinan tegar rakyat pada tahun 2023.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*