Video buat aksi ‘wheelie’ tular, polis cari dua remaja sampai ke lubang cacing

Video buat aksi ‘wheelie’ tular, polis cari dua remaja sampai ke lubang cacing.

Dua remaja dicekup selepas video yang memaparkan aksi mereka melakukan aksi ‘wheelie’ di atas sebuah motosikal di Jalan Jeli-Dabong, Kuala Balah di sini tular di media sosial sejak Khamis lalu.

Kedua-dua remaja berusia 15 dan 17 tahun itu ditahan semalam di rumah masing-masing di Kuala Balah, Bukit Jering di sini kira-kira pukul 11 malam selepas polis menjejak mereka berdasarkan video yang tular menerusi media sosial Instagram.

Video buat aksi ‘wheelie’ tular, polis cari dua remaja sampai ke lubang cacing
Video yang tular di media sosial memaparkan dua remaja membuat aksi ‘wheelie’ di atas sebuah motosikal di Jalan Jeli-Dabong, Kuala Balah dekat Jeli, Khamis lalu

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Ahmad Arifin berkata, siasatan awal mendapati, kedua-dua remaja terbabit melakukan aksi berkenaan di Jalan Jeli-Dabong, Kuala Balah di sini pada Khamis lalu.

Menurutnya, berdasarkan video berdurasi 29 saat itu, ia jelas menunjukkan dua remaja yang terdiri daripada penunggang dan pembonceng motosikal membuat aksi ‘wheelie’ yang membahayakan diri sendiri termasuk pengguna jalan raya lain.

“Kedua-dua remaja terbabit ditahan di rumah mereka dan motosikal jenis Honda EX5 yang dinaiki mereka semasa kejadian turut dirampas.

“Mereka diletakkan di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli malam semalam sebelum dibebaskan dengan jaminan polis hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*