Tukang cat dihukum gantung sampai mati, ini sebabnya.
Seorang tukang cat rumah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini selepas didapati bersalah mengedar methamphetamine seberat 186.43 gram pada Jan kira-kira empat tahun lalu.
Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh menetapkan hukuman itu terhadap Sabri Hamzah, 49, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir pembelaan.
Turut baca
- {VIDEO} ‘Bapa durjana’ didakwa rogol anak kandung berusia 14 tahun
- {VIDEO} “Skodeng apa tu bang…” Kelakuan ‘pelik’ ‘mat motor’, cemaskan orang ramai
- Panas !!! Sumbangan antara RM50,000-RM200,000 melalui KJ terbongkar
Menurutnya, hukuman dibuat buat selepas mahkamah membuat pertimbangan yang maksimum terhadap hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan.
“Atas sabitan itu, tertuduh dihukum digantung hingga mati dan barang kes dilupuskan. Mahkamah terikat dengan undang-undang yang sedia ada selagi hukuman tidak dipinda di parlimen,” katanya.
Tertuduh yang juga bapa kepada empat cahaya mata itu kelihatan tenang semasa hukuman dibacakan kepadanya.
Mengikut pertuduhan, Sabri didakwa mengedar 186.43 gram methamphetamine di kawasan semak di belakang rumah tidak bernombor di Kampung Tasik Hulu, Gual Sitok, Rantau Panjang, kira-kira jam 7 petang pada 31 Jan 2018.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Anuar Wahab, manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Hasif Hassan.
Terdahulu, Muhammad Hasif berkata, kesalahan itu adalah yang pertama dilakukan Sabri dan tertuduh kesal dengan kesilapan yang dilakukan.
Sabri juga katanya tidak akan melakukan perbuatan itu pada masa akan datang.
Leave a Reply