Hasrat 3 lelaki samun anggota polis peronda tak kesampaian, sebaliknya ini terjadi

Hasrat 3 lelaki samun anggota polis peronda tak kesampaian, sebaliknya ini terjadi. Hasrat tiga lelaki untuk melakukan samun tidak kesampaian apabila tersalah memilih sasaran dengan mangsa merupakan anggota Peronda Polis PLUS dalam kejadian di jalan pintas Gurun-Jeniang, Gurun dekat sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu berlaku ketika mangsa berusia 38 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah di sini selepas selesai bertugas di Plaza Tol Gurun.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian berlaku ketika mangsa memandu berseorangan di jalan pintas Gurun-Jeniang berdekatan kilang Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas).

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa ternampak seorang lelaki dalam keadaan terbaring di tengah jalan dan dia kemudian memberhentikan kenderaan dengan niat untuk membantu.

“Ketika mendekati lelaki yang terbaring itu, dua lagi lelaki tiba-tiba keluar dari kawasan berdekatan dan terus menendang anggota polis berpangkat Koperal itu dari belakang,” katanya.

Kata beliau, anggota polis terbabit cuba melawan untuk mempertahankan diri sebelum berjaya menumbuk seorang suspek menyebabkan dua lagi rakan jenayah melarikan diri.

“Tindakan anggota berkenaan menyebabkan tiga penyamun terbabit berputih mata,” ujarnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*