Lebih dua pertiga rakyat beri kepercayaan pada Anwar terajui negara

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerima 68% rating penerimaan selepas lebih 60 hari berakhirnya PRU15.

Kaji selidik yang dijalankan bermula 26 Disember 2022 hingga 15 Januari lalu itu melibatkan 1,209 responden iaitu 52% Melayu, Cina (29%), India, Bumiputera Islam dan Bumiputera bukan Islam, masing-masing enam peratus, dengan proses pengumpulan data dilakukan menerusi panggilan telefon.

Menurut kenyataan Merdeka Center, sebanyak 91% daripada responden berbangsa India menyatakan sokongan kepada Ahli Parlimen Tambun, sementara Cina (73%), Sabah, Sarawak dan Bumiputera (70%) dan Melayu (60%).

Beliau terus terus menjadi tokoh pilihan rakyat dengan kadar penerimaan 68% berdasarkan kaji selidik yang dijalankan firma tinjauan pendapat awam. Angka ini adalah satu tanda sokongan lebih daripada dua pertiga keseluruhan rakyat Malaysia.

Kajian juga mendapati 54% responden berpuas hati dengan prestasi kerajaan perpaduan, manakala hanya 25% menyatakan tidak puas hati.

Dalam pada itu, 79% responden mengalu-alukan keputusan PRU15, dengan 77% yakin kerajaan perpaduan mampu membawa kestabilan dan inklusif dalam politik negara.

Tambahan pula, sebanyak 83% responden berkata mereka menerima keputusan Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Sokongan penarafan positif daripada rakyat bukti Kerajaan Madani yang kini dipimpin oleh PMX Anwar perlu meneruskan mandat yang diberikan oleh YPDA demi membangunkan agenda rakyat dan negara.

Pihak Perikatan Nasional juga sebenarnya sudah tidak lagi mempertikaikan kesahihan Kerajaan Perpaduan Madani YPDA apabila mereka sudah menampilkan kabinet bayangan mereka sebagai pembangkang di negara kita.

Natijahnya, kesemua pihak tidak kira kerajaan mahupun pembangkang perlu bekerjasama demi kesejahteraan rakyat dan bukannya perjuangan agenda politik masing-masing.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*