Hasutan parti politik menerusi masjid, surau, raja-raja ‘dirayu’ campur tangan

Hasutan parti politik menerusi masjid, surau, raja-raja ‘dirayu’ campur tangan. AMANAH memohon dan merayu Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu membuat satu ketetapan agar masjid tidak dijadikan medan menghasut dan memesongkan pemikiran rakyat dalam isu agama.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Wira Mahfuz Omar berkata, mimbar Jumaat kini telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak untuk menghasut masyarakat agar membenci kumpulan yang tidak sefahaman dalam kepercayaan politiknya.

Sedangkan, katanya, ianya berfungsi untuk memberi didikan atau pun peringatan kepada masyarakat untuk hidup sebagai seorang Islam serta membina hubungan yang baik antara manusia dengan manusia dan manusia dengan Allah.

“Jelas terbukti menjelangnya pilihan raya Parlimen Padang Serai baru-baru ini terdapat mimbar Jumaat telah disalahgunakan dengan menjadikan khutbah Jumaat sebagai pentas untuk menghasut rakyat.

“Adalah diyakini khutbah yang berunsurkan hasutan tersebut bukannya disediakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah, sebaliknya oleh khatib-khatib jemputan di masjid-masjid yang dikuasai oleh suatu kelompok yang mempunyai kepentingan politik.

“Sudah tiba masanya untuk pihak berkuasa agama mengambil tindakan drastik dengan segera termasuklah menyenaraihitamkan penyampai kuliah dan mereka yang menjadikan masjid sebagai medan menghasut dan memesongkan pemikiran rakyat,” ujar beliau yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan negeri Kedah.

Di Selangor, ketetapan telah dibuat untuk menyekat mana-mana pihak yang mempunyai kedudukan dan jawatan dalam parti politik untuk memberikan kuliah dan khutbah di masjid dan surau.

Langkah yang sama juga dibuat di negeri Perak.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*