Berang tidak diberi wang untuk kahwin, remaja 17 tahun bakar rumah

Gambar sekadar hiasan

Seorang remaja berusia 17 tahun bertindak nekad membakar rumah ibu bapanya kerana berang tidak diberikan wang untuk belanja kahwin, lapor laman berita Pikiran Rakyat semalam.

Suspek yang hanya dikenali sebagai RA berasal dari Tebo, wilayah Jambi.

Menurut polis, suspek telah diberkas selepas didakwa membakar rumah ibu bapanya akibat marah tidak diberi wang untuk berkahwin.

Ketua Polis Tebo Tengah, Asisten Komisioner Polis Dedi Tanto Manurung mengesahkan penangkapan itu dengan suspek kini berada dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut.

“Ya, terdapat aduan daripada mangsa bernama Amri yang mengatakan anaknya telah membakar rumahnya,” kata Dedi, kelmarin.

Dalam kejadian pada Sabtu lalu, rumah milik pengadu di Jalan Kelompok Tani, kabupaten Tebo, wilayah Jambi hangus akibat dibakar.

Turut baca : {VIDEO} Tular murid tolak kereta masa banjir, ada yang celupar kata bapa tak reti servis! Rupanya bapa dah lama meninggal

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*