PM Anwar lantik lima penasihat khas Menteri Kewangan tanpa bayaran

Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi mengumumkan pelantikan lima individu yang akan menganggotai badan penasihat khas bagi membantu menasihatinya sebagai Menteri Kewangan.

Menurutnya, badan penasihat khas itu adalah golongan profesional dan pakar ekonomi yang diketuai Penasihat Petronas, Tan Sri Hassan Marican.

Anwar berkata, lima tokoh terbabit ialah,

• Pengerusi Eksekutif FVSB, Dato’ Ahmad Fuad Md Ali;
• Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Profesor Dr Yeah Kim Leng;
• Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Dato’ Profesor Ulung Rajah Rasiah; dan
• Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi.

“Saya mengulangi pendirian badan penasihat khas yang dilantik ini tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan,” katanya melalui kenyataan ringkas malam ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*