Pemuda Perikatan Nasional (PN) yang menghambur penghinaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi akaun Facebook, ‘Shaiful Haji Sazali’, tampil membuat permohonan maaf.
Dia yang difahamkan Ketua Armada Bersatu Arau berbuat demikian selepas rekaannya terhadap akronim Madani tular dan dihujani kecaman orang ramai.
“Dengan ini, saya menyusun sepuluh jari kepada semua penyokong Pakatan Harapan dan rakyat Malaysia memohon kemaafan di atas keterlanjuran saya terhadap komen yang dilontarkan di posting tersebut.
“Saya menyesali dengan apa yang telah terjadi dan saya juga memohon ampun kepada Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas keterlanjuran saya,” ujarnya.
Bekas pelajar politeknik di Perlis itu memberitahu hal tersebut berlaku berpunca daripada pengaruh emosi.
Permohonan maaf itu dibuat menerusi satu rakaman video berdurasi 4 minit 12 saat yang telah tersebar di media sosial mulai semalam.
Leave a Reply