Exco agama sanggah tohmahan keji PAS Selangor

Exco agama Islam, pengguna dan industri halal Selangor Mohd Zawawi Ahmad Mughni menyanggah tohmahan seorang pemimpin Pas Selangor bahawa kerajaan Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Harapan tidak lagi mengimarahkan institusi masjid dan surau di negeri tersebut.

Zawawi membuka hujahnya dengan memetik Surah An-Nur di mana beliau menyifatkan tohmahan ketua Pas Bangi Shafie Ngah sebagai perbuatan yang sangat keji.

Zawawi menjelaskan usaha pengimarahan masjid dilakukan setelah negara memasuki fasa endemik Covid-19 pada bulan April 2022.

“Kerajaan negeri telah membelanjakan peruntukan sejumlah RM 1.4 bilion sejak tahun 2019 bagi memartabatkan institusi islam seperti pembangunan dan pembinaan masjid baru, pengimarahan masjid dan surau serta memperkasa institusi tahfiz dan sekolah agama,”kata beliau dalam satu kenyataan media rasmi.

Dalam satu rencana bertajuk “Kembalikan cahaya gemerlapan Islam di Selangor” yang tersiar di media rasmi Pas, Harakah Daily, ketua Pas Bangi Shafie Ngah mendakwa bahawa pengimarahan institusi masjid di Selangor tidak lagi gah sepertimana negeri tersebut ketika Pas turut serta dalam kerajaan.

Beliau turut mendakwa bahawa tauliah pengkuliah turut ditarik balik. Shafie, yang juga mantan Adun Bangi turut membuat tohmahan bahawa Adun Pakatan Harapan menjadi batu penghalang kepada pengimarahan institusi masjid dan surau.

Berhubung dengan tauliah pengkuliah, Zawawi menyatakan bahawa pengkuliah yang terkesan didapati terlibat di dalam politik kepartian secara aktif.

“Sebahagian daripada mereka cuba membawa fahaman Takfiri, Ghuluw (Melampau), terpengaruh dengan fikrah Khawarij yang keras dan radikal,” tambah beliau.

Dalam menjaga keamanan dan keharmonian masjid di Selangor, beliau menyatakan bahawa kegiatan pengkuliah tersebut bercanggah dengan seksyen 12 (a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No 9, 1995 dan boleh didenda sebanyak RM3000 atau dipenjara selama dua tahun atau kedua-duanya.

Larangan kepada pengkuliah yang terkesan juga sejajar dengan titah larangan penggunaan masjid dan surau bagi menjalankan program serta ceramah yang berunsur kepentingan politik kepartian yang dikeluarkan pada 9 Januari 2023.

Exco agama sanggah tohmahan keji PAS Selangor

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*