“Ingat aku tunggul…” Pengadu buat laporan lagi lepas 3 tahun sabar

“Ingat aku tunggul…” Pengadu buat laporan lagi lepas 3 tahun sabar.

Sejak beberapa hari ini, hangat diperkatakan di media sosial akan tindakan seorang pemilik rumah dengan sewenang-wenangnya membuat pengubahsuaian kediamannya seperti kuil.

Lama berdiam diri, sedar tak sedar rupanya dah tiga tahun proses pengubahsuaian dilakukan walaupun sebenarnya pemilik rumah itu tidak mendapat kelulusan untuk berbuat demikian.

Menurut pengadu, Halim Hassan yang juga merupakan jiran individu terbabit, perkara itu telahpun dilaporkan ke pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) pada 14 Februari lalu.

Namun, dia tidak nampak sebarang tindakan seperti memberhentikan kerja-kerja pengubahsuaian rumah.

“Walaupun notis dikeluarkan hingga ke hari ini, pihaknya masih lagi menjalankan pengubahsuaian dan penambahan yang melampau hingga merosakkan beberapa tempat di rumah saya seperti retak, bocor dan lembap di dinding bilik dan ruang tamu.”

Lebih parah lagi, pemilik kediaman itu dipercayai mencabut ‘tali kuning’ yang telah dipasang dan meneruskan kerja-kerja pengubahsuaian.

Ekoran kejadian tersebut, Halim akhirnya nekad membawa kes tersebut kepada MBS sekali lagi agar tindakan segera diambil, tambahan pula selepas berlakunya beberapa insiden yang mengancam keselamatan keluarganya.

“Pada 29 Mac lalu, isteri saya terkejut apabila melihat beberapa ketul pecahan batu bata di dalam kawasan ‘porch’ rumah, kerosakan pada cermin motosikal juga disebabkan batu bata yang jatuh.”

“Kami bernasib baik kerana tidak ada di tempat batu bata jatuh dan kebiasaannya di sinilah anak-anak saya akan bermain di waktu petang.”

“Ada juga batu bata jatuh, paku dan skru serta simen bertaburan dan bersepah hingga ke kawasan laman rumah saya, hingga menyebabkan salah satu tayar kereta saya tertuduk dengan paku yang digunakan selain simen…”

“Habuk mengenai kereta saya tetapi dinafikan dan jiran tidak mahu bertanggungjawab.”

Mengikuti lanjut perkembangannya, difahamkan pihak MBS sedang menyiapkan proses dokumentasi bagi mengambil tindakan undang-undang lanjut terhadap pemilik kediaman terbabit.

Malah, pihaknya juga telah mengarahkan agar pembinaan tersebut dihentikan serta-merta.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*