{VIDEO} Anwar layan peminat cilik ajak bergambar cuit hati

Seorang kanak-kanak lelaki yang ingin bergambar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencuit hati ramai.

Video berkenaan memperlihatkan kanak-kanak itu yang ingin berswafoto bersama Perdana Menteri itu dengan hanya memanggil beliau sebagai ‘Anwar’ sahaja.

Dalam video bekenaan juga Anwar memberitahu kanak-kanak berkenaan hanya memanggill beliau ‘Anwar nak ambil gambar’.

Kanak-kanak berkenaan juga turut meluahkan rasa gembira dapat bergambar bersama Perdana Menteri itu.

Anwar semalam, menunaikan solat Jumaat di Masjid Dato’ Klana Petra Lela Mohd. Yusof, Sikamat, Seremban.

Perdana Menteri yang ditemani Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun, tiba di masjid tersebut kira-kira pukul 1.20 petang.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*