Cubaan rampas kuasa di Sabah, Bung antara bakal ‘dipancung’ dari Jemaah Menteri

Cubaan rampas kuasa di Sabah, Bung antara bakal ‘dipancung’ dari Jemaah Menteri. Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, akan merombak Jemaah Menteri selepas cubaan menggulingkan pentadbiran GRS semalam gagal menjadi kenyataan.

Timbalannya, Bung Moktar Radin, yang dikaitkan dengan cubaan itu dijangka menjadi korban dalam rombakan itu.

Menurut sumber yang dekat dengan Hajiji, ada kemungkinan ketua Umno Sabah itu digugurkan, bersama Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Jafry Ariffin.

Namun, tidak semua pemimpin BN Sabah akan digugurkan, tambahnya.

“Hal ini dibincangkan semalam. Bukan bercerai dengan BN Sabah. Hajiji hanya mahu pastikan kerajaan terus berfungsi,” kata sumber itu.

Sumber itu juga memberitahu bahawa, pengerusi Gabungan Rakyat Sabah itu akan membawa masuk ADUN Pakatan Harapan Sabah ke dalam Jemaah Menteri.

Terdahulu, dilaporkan tujuh ADUN Umno Sabah termasuk timbalan Bung, Yakub Khan, bertemu Hajiji semalam.

“Selain tujuh orang itu, sekurang-kurangnya tiga ADUN Warisan pun ada bertemu Hajiji,” kata sumber itu, yang enggan berkongsi butiran perbincangan itu.

Adalah difahamkan bahawa Hajiji akan bertemu Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Jeffrey Kitingan, hari ini. STAR mempunyai enam wakil rakyat.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*