Sangat unik! Penjara ini izinkan banduan bawa keluarga tinggal bersama

Penjara sepatutnya menjadi tempat yang menakutkan kerana seseorang yang masuk ke dalam penjara itu akan berjauhan dengan keluarganya dan akan berasa sunyi serta tidak bebas.

Berbeza pula dengan sebuah penjara di negara Bolivia ini. Bolivia ingin membuat kelainan yang berlawanan dengan konsep penjara secara umumnya.

Penjara ini bernama San Pedro terletak di kota La Paz di Bolivia. Apa yang menariknya adalah banduan di penjara ini diberi kebebasan sepenuhnya.

Banduan dibenarkan untuk bawa ahli keluarga mereka untuk tinggal bersama mereka di dalam penjara.

Bukan itu sahaja, tiada juga pengawal yang menjaga pintu masuk dan keluar penjara ini bererti tiada kawalan di penjara ini.

Selain itu, banduan juga dibenarkan bekerja untuk menampung ahli keluarga mereka di dalam penjara itu.

Di samping itu juga, banduan turut hidup dalam sistem masyarakat apabila mereka dibenarkan memilih pemimpin sendiri dan dibenarkan membuat undang-undang sendiri dalam penjara itu.

Mereka hidup bebas dan bahagia di samping keluarga walaupun mereka berada di dalam penjara.

Apa yang anehnya adalah walaupun tiada pengawal namun tiada banduan yang keluar dari penjara ini. Semuanya hidup bahagia di dalamnya.

Unik kan penjara ini. Siap boleh bawak keluarga sekali.

Sangat unik! Penjara ini izinkan banduan bawa keluarga tinggal bersama

Sangat unik! Penjara ini izinkan banduan bawa keluarga tinggal bersama

Sangat unik! Penjara ini izinkan banduan bawa keluarga tinggal bersama

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*