‘Ada saja perkara yang tak kena dimata Tun M terhadap Anwar’

‘Ada saja perkara yang tak kena dimata Tun M terhadap Anwar’. Tun Dr Mahathir Mohamad yang kalah dengan hilang deposit di Langkawi, malah semua calon Pejuang juga ditimpa nasib buruk yang sama, nampaknya tidak pernah hilang idea dalam melontarkan serangan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di sebalik sudah meletakkan jawatan daripada Pejuang dan mengumumkan bersara, hati dan mulut beliau terbukti tidak pernah berhenti daripada berdendam.

Setelah gagal menahan Anwar daripada menjadi Perdana Menteri, kali ini serangannya tertumpu kepada kemampuan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu pula dalam mengurus negara.

Katanya, beliau tidak yakin dengan keupayaan Anwar memimpin negara untuk berdepan krisis kemelesetan ekonomi, termasuk pemulihan pasca pandemik Covid-19.

Bekas Perdana Menteri dua kali itu khuatir dengan kemampuan Anwar menghasilkan strategi dan kaedah terbaik untuk keluar daripada krisis, memandangkan fokus Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dilihat tertumpu kepada usaha mengekalkan jumlah sokongan di Dewan Rakyat.

Beliau menyandarkan dakwaannya berdasarkan prestasi Anwar ketika berada dalam kerajaan lebih 20 tahun lalu dan mendakwa bekas timbalannya itu tidak dapat menangani masalah ketika menjadi pemangku Perdana Menteri pada 1997 dahulu.

Beliau mendakwa, Anwar selaku Menteri Kewangan ketika itu gagal mencari jalan penyelesaian apabila krisis kewangan melanda dan lebih rela mengikut pendapat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang dikatakan berisiko menyebabkan Malaysia muflis.

“Pada masa saya jadi Perdana Menteri kali pertama, saya pergi cuti selama dua bulan. Semasa saya cuti, Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri diberi tanggungjawab sebagai pemangku Perdana Menteri tetapi nampak dia tak dapat menangani masalah.

“Selepas itu pula, berlaku krisis kewangan yang mana ringgit Malaysia turun nilainya. Pada masa itu, Anwar juga menjadi Menteri Kewangan.

“Cara dia menangani masalah kejatuhan nilai ringgit ialah dengan mengikuti pendapat IMF dan Bank Dunia.

“Saya berpendapat, kalau kita ikut IMF dan Bank Dunia, kita akan jadi muflis dan kita tak dapat laksanakan dasar ekonomi negara kita.

“Tetapi, Anwar tak ada cadangan yang lain selain daripada mengikuti IMF dan Bank Dunia, sebab itu saya terpaksa ambil alih tugas Kementerian Kewangan, saya cari jalan untuk selamatkan negara,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Berita Harian.

'Ada saja perkara yang tak kena dimata Tun M terhadap Anwar'

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*