Cerai malam itu juga selepas tahu isteri tak pandai mengaji, solat. Aku pelik setiap kali aku masuk bilik masa isteri baca Al-Quran mesti dia diam tak teruskan bacaan. Ada satu hari aku ternampak isteri hantar email dekat satu pusat belajar Al-Quran. Banyak kali tanya, akhirnya dia mengaku, dia tak tahu solat dan mengaji. Umur dah 25 tahun tapi tak tahu solat & mengaji.Aku jadi marah terasa macam kena tipu , dia menangis, berjanji akan belajar tapi dah terlambat .Malam itu juga aku lafazkan talak satu pada dia.
Ini adalah kisah benar berlaku dalam kalangan masyarakat kita, sewajarnya semasa diadakan kursus pra-perkahwinan ditekankan perkara sebegini namun ia juga bergantung kepada individu dalam menerima dan mempelajari ilmu rumahtangga.Ikuti kisah yang diceritakan semula oleh pengirim .
Aku merupakan seorang lelaki yang sangat cIiche, sangat typicaI. Lulusan universiti awam, bekerja sebagai seorang jurutera tempatan. Masa umur aku 27 tahun, aku tengok kawan kiri kanan semua dah kahwin.
Masalahnya aku ni kawan perempuan pun tak ada. Hati dah rasa macam nak kahwin jugak, nak ada keluarga, mungkin sebab penat dedikasikan masa semata – mata untuk kerja. Jadi aku minta kawan – kawan aku kenalkan aku dengan seorang perempuan yang sesuai la aku nak jadikan isteri.
Pendekkan cerita, aku dipertemukan dengan seorang gadis. Simple, tutup aurat, lemah lembut, cukup sifat bagi aku. Dua tahun kami kenal, aku yakin memang dia lah jodoh aku. Sebab apa? Personaliti dia. Nature kerja aku ni memerIukan aku sentiasa on call, sentiasa sibuk.
Tapi selama kami berkawan, dia tak pernah merungut walaupun keluar pun sebulan sekali je. Lepas tu, dia sangat berdikari, takde nak berg4ntung pada aku sangat. Seorang yang sangat bijak bagi aku, matang dan memang sempurna dan dari keluarga yang baik – baik.
Aku luahkan niat aku untuk kahwini dia dan dia setuju. 6 bulan kemudian kami menikah, 2-3 minggu lepas tu berkahwin, aku rasa ada yang tak kena. Tapi aku abaikan saja biasalah baru lagi mungkin belum biasa. Satu hari, aku tengok laptop dia.
Ada satu emel menarik perhatian aku. Dia berbaIas e-mail dengan Al-Baghdadi, satu tempat belajar Al-Quran. Bertanyakan yuran pendaftaran bagi orang dewasa. Aku belek – belek tengok pendaftaran tu nama dia. Tengah aku tengok tu, dia keluar dari bilik air dan pandang aku.
Aku tanya dia, awak nak belajar Quran ke? Dia terdiam tak jawab apa – apa, berjalan masuk dan duduk atas katil kami. Air mata dia mengalir laju, badan terhenjut – henjut menahan sedu tangis. Aku panik, dah kenapa isteri aku ni. Aku duduk sebeIah, tanya dia kenapa.
Dia buat pengakuan yang dia tak pandai mengaji dan sembahyang. Dia cuma hafal surah – surah lazim sahaja tanpa tahu macam mana nak baca quran. Dia mohon maaf dari aku. Aku terkejut macam mana aku boleh tak perasan semua ni.
Mugkin sebab sepanjang 3 minggu ni aku yang mengimamkan dia dan dia mengaji surah – surah yang dihafalnya. Zahirnya, dia nampak seperti muslimah sejati. Tudung labuh, berstokin, baju longgar, malah muka dia berseri walaupun kulit tak cerah mana.
Aku tak tahu sekarang macam mana. Dia aku kahwini sebab aku fikir dia cukup didikan agama. Katanya, perkara ini mak ayahnya pun tak tahu. Ego aku tercabar, aku kecewa bila tahu perkara ini. Malam tu aku tidur luar. Tak tidur pun sebenarnya, aku berfikir sepanjang malam.
Esok paginya, kami solat subuh seperti biasa. Tapi tangan yang dia hulurkan untuk menyalami aku, aku biarkan tak bersambut. Aku terus bangun bersiap nak ke pejabat. Aku dapat lihat dia mengesat air mata, tapi aku biarkan. Hati masih sakit, masih kecewa.
Terasa macam kena tipu, walaupun dia tak pernah cakap pun yang dia lancar mengaji, pandai sembahyang sebelum ini. Beberapa minggu berlalu, aku memang diam saja tak bercakap dengan dia. Hari ini aku nekad, aku ingat aku dah fikir masak – masak.
Aku panggil nama dia. Terkejut dia mendengar mungkin sebab dah lama kami tak bercakap. Muka dia seperti redha dengan apa saja yang bakal aku cakapkan. Aku luahkan kekecewaan aku padanya. Aku nak berpisah. Dia kata pada aku, berikanlah dia peluang.
Dia sedang belajar sembahyang, belajar mengaji. Aku tak nak dengar lagi penjelasan dia. Aku lafazkan taIak malam itu jugak. Sepanjang tempoh eiddah, dia jaga makan minum aku seperti biasa. Waktu tempoh itu hampir tamat, dia datang pada aku dan bertanya adakah aku masih tidak sudi menjaga dan mendidik dia?
Aku tak boleh terima yang dia, selama 25 tahun hidup, tidak pernah sembahyang atau mengaji, umur 25 baru nak belajar. Aku cuba hubungi dia selepas setahun kami bercerai. Setahun aku ambil masa untuk sedar b0dohnya aku meninggaIkan dia, wanita yang sedang mencari semula agamanya.
Waktu itu jugalah aku cuba hubungi dia tapi tak berjaya. Dia dah berhenti kerja tempat lama, dah pindah dari rumah sewanya. Tak cukup kekuatan aku untuk pergi ke rumah bekas mentua, sebab aku tahu macam mana aku layan anak perempuan mereka selepas gadis itu mereka amanahkan pada aku.
Leave a Reply