“Baru first time ambil sotong…” Nasi kandar ‘cekik darah’ RM30.20 sebungkus
Tular satu lagi perkongsian dari Facebook Penang Press menunjukkan satu hidangan nasi kandar yang hanya berlaukkan seketul ayam goreng bersama dua ketul sotong kecil dan separuh telur masin, berharga ‘cekik darah’, RM30.20.
Berlaku di salah satu restoran nasi kandar di Georgetown, Pulau Pinang, harga yang dikenakan termasuklah tiga keping papadom bernilai RM2, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan amaun digenapkan.
Bagaimanapun, harga yang dipaparkan pada sekeping resit yang dikaburkan nama restoran itu hanya sekadar menyenarai ringkas lauk yang dibeli sebagai nasi campur.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai pendapat dari netizen dilihat, ada yang simpati kerana pelanggan bagaikan diperdaya, namun ada juga yang menyelar tindakan pelanggan yang disifatkan tidak prnah membeli nasi kandar.
Hal ini kerana, jika mengambil menu ‘seafood’ seperti sotong dan udang, harga RM30.20 adalah berpatutan dengan lauk yang diambil.
Leave a Reply