8 sebab ramai wanita pilih lelaki duda sebagai pasangan, antaranya…

8 sebab ramai wanita pilih lelaki duda sebagai pasangan, antaranya…

Jodoh dan pertemuan itu adalah ketetapanNya.

Kalau perkara nak jadi, aia akan berlaku juga walaup apa jua halangan dan cabaran yang mendatang. Begitu juga dengan perpisahan yang datang dalam bentuk perceraian.

Sudah banyak dengar kes di mana pasangan yang bercinta bagai nak rak sebelum kahwin tetapi selepas itu bercerai. Bercakap tentang perpisahan ini pula ia boleh berlaku di atas banyak sebab dan kebanyakannya bersifat peribadi.

Insan yang berdepan dengan perceraian itu tak bermaksud mereka itu tak baik menjaga hubungan. Kadang-kadang kalau sudah tidak ada persefahaman mungkin berpisah adalah jalan yang terbaik bagi kedua-dua pihak.

Lelaki yang berstatus duda mempunyai karakteristik mereka tersendiri. Dan percayakah anda bahawa ‘saham’ mereka di kalangan wanita juga tak kurang hebatnya.

Malah ada wanita yang lebih gemar mempunyai hubungan romantis dengan lelaki duda. Apakah sebabnya? Ingin dikongsikan sedikit tentang kelebihan yang lelaki duda miliki berbanding lelaki bujang.

1. Banyak pengalaman

Jika ditanya mungkin ini alasan yang paling popular di kalangan wanita. Lelaki duda bukan sahaja mempunyai pengalaman dalam selok-belok kehidupan berumahtangga malah mereka juga ada pengalaman melibatkan hal hubungan fizikal dan mental. Itu pasti satu bonus besar buat mereka.

2. Sudah biasa dengan hal rumah tangga

Lelaki duda ada dua jenis. Pertama yang sudah berkahiwn tapi kemudian bercerai. Dan yang kedua pula lelaki yang kematian isteri. Kedua-dua jenis lelaki duda ini mempunyai persamaan iaitu sudah biada dengan perihal kehidupan dalam alam rumahtangga. Mereka tak perlu diajar dan sudah faham akan peranan dalam rumah.

3. Pandai tolong isteri buat kerja rumah

Sebenar ini adalah faktor yang bersifat agak subjektif. Ada ramai sahaja lelaki bujang yang rajin masuk dapur. Namun bila hidup berumahtangga segalanya perlu berkisar dengan tolak ansur dan kerjasama. Lelaki duda sudah faham akan peranan dan sentiasa sedia membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah.

4. Lebih memahami pasangan

Bercinta sebagai pasangan kekasih dan pasangan suami isteri adalah satu hal yang sangat berbeza. Bila berkahwin lelaki itu akan 24 jam sehari bersama pasangannya. Berbeza kalau bercinta hanya bertemu beberapa kali dalam seminggu. Jadi lelaki bergelar duda yang berpengalaman akan lebih faham mood seorang isteri terutamannya bila di rumah.

5. Hargai hubungan dan komitmen

Lelaki duda juga biasanya lebih menghargai hubungan apabila berkahwin. Mereka juga tidak takut dengan komitmen dengan pengalaman sedia ada. Baginya kebahagian alam rumahtangga melebihih segalanya.

6. Faham realiti hidup alam rumahtangga

 

Sebelum berkahwin pasti ramai lelaki bujang yang meletakkan ecpectatuion tertentu. Berbeza dengan lelaki duda mereka lebih realistik dan faham dengan realiti bakal dihadapi jika berkahwin sekali lagi.

7. Faham apa yang boleh dan tak boleh

Mereka juga lebih faham akan apa yang boleh dan apa yang tak boleh dilakukan selepas berkahwin. Mereka juga lebih bijak untuk menilai sikap mereka dan mencuba yang terbaik untuik mengekalkan keharmonian rumahtangga.

8. Hargai kepentingan komunikasi

Komunikasi adalah kunci kebahagian rumahtangga. Perkara inilah yang disedari oleh lelaki duda yang lebih bersifat terbuka dan percaya kepada pasangan. Mereka juga lebih gemar berbincang dengan pasangan untuk capai kata sepakat bila melakukan keputusan.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*